Wednesday, 25 May 2011


Resepi Nasi Dhal Bermajerin

Bahan-Bahan:
2 tin susu beras basmati (direndam selama 20 minit)
¾ cawan dal kacang kuda (direndam selama 30 minit)
Sedikit badam dan gajus
¾ tin susu cair carnation
1 ¼ tin air
1 cube ayam
2 biji bawang (di mayang)
6 batang lobak kecil (dipotong ikut suka)
1 cawan majerin yang dicairkan dicampur dengan minyak sayuran
1 sudu makan halia yang dikisar
½ sudu makan lada puteh
Sedikit cengkih, kayu manis, buah pelaga
Beberapa helai daun ketumbar
2 batang serai di titik
Garam secukupnya

Cara menyediakan:
1) Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan 2 biji bawang yang di mayang, cengkih, kayu manis, buah pelaga, halia kisar, bawang putih kisar dan lada putih, badam dan gajus
2) Apabila agak wangi masukkan beras, kacang dal, lobak, susu cair, stock ayam dan air
3) Di gaul kesemuanya dan ditutup periuk hingga nasi masak.

Nasi

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam di potong 2 bahagian
3 pot beras basmathi
Air Panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
5 labu bawang merah - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 biji buah tomato - dikisar
2sudu tomato puri
1/5 tsp pewarna kuning (saffron)
2 sudu rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya
1 biji lada merah (red pepper/capsicum) - dipotong dadu
1 batang lobak merah dihiris halus-halus
Sedikit biji lada hitam atau serbuk
2 batang cili besar merah - tidak dipotong
Sedikit kismis
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:
1. Rendam beras basmati dengan air biasa selama 30 hingga 60 minit.
2. Tos dan rendamkan lagi dengan air mendidih selama 15 minit dan toskan.
3. Panaskan periuk dengan minyak masak kemudian masukkan minyak sapi.
4. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga berbau wangi dan campakkan sebatang kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.
5. Masukkan ayam, saffron, rempah kabsa, tomato kisar, tomato puri, capsicum, lobak merah dan gaulkan dalam periuk.
6. Kemudian campakkan lemon hitam dan taburkan garam secukup rasa berserta kismis.
7. Masukkan air panas mendidih secukupnya dan masukkan beras yang sudah ditoskan tadi.
8. Tutup periuk rapat dan kuatkan api selama lebih kurang 10minit sehingga air menjadi kurang/kering.
9. Campakkan cili besar merah ke dalam periuk. Jangan karis nasi dengan senduk tetapi karis sedikit-sedikit sahaja menggunakan belakang sudu dengan hati-hati supaya nasi tidak jahanam.
10. Sekiranya air kelihatan tidak mentanakkan nasi tambah lagi tambah air sedikit demi sedikit dengan air panas mendidih dan tutup periuk.
11. Selepas air kering kecilkan api selama 15minit.
12. Angkat ayam tadi dan bakarlah dalam 5-10minit dalam foil aluminium dengan kepanasan 200'c.

Mari Belajar

Hari ini Rabu, 25/5 hari ke dua kami belajar untuk buat blog..rupanya susah jugak untuk membuat blog ni..PN Shahiza tidak jemu-jemu untuk mencurahkan ilmu kepada kami. Ada benda yang aku tau nk buat..tapi kena juga buat..jom kite tengok gelagak kami buat blog..

 Macam mana nk buat nie...

Sekapur Sireh


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Segala puji-pujian syukur saya panjatkan kehadiran Allah –Subhanahuwata’alla- yang telah melimpahkan Taufik, Hidayah serta Inayahnya sehingga saya mendapatkan banyak kemudahan dalam menyusun blog ini.

Dengan adanya blog ini dapatlah saya memberi maklumat yang berkaitan dengan rutin harian saya yang amat menyesakkan nafas. Ini kerana semakin hari semakin bertambah rasa tanggungjawab saya kepada keluarga dan kerjaya saya sebagai seorang kakitangan awam.

Saya harap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi maklumat yang bermanafaat dikalangan kita rakyat Malaysia dan juga sebagai Khalifah Allah. Sebarang komen, cadangan, pandangan dan nasihat bolehlah pembaca kongsi bersama saya di dalam blog yang tidak seberapa ini.